
JKKMAR setuju prosedur pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM dikaji
Menurut Perdana Menteri, mesyuarat JKKMAR secara prinsip bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan SPRM itu.
“JKKMAR secara prinsip bersetuju dengan cadangan SPRM supaya urusan penamatan jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM dibuat melalui proses perlembagaan dengan membuat pindaan undang-undang berkaitan.
“JKMMAR memutuskan supaya satu kajian dibuat bagi mengkaji prosedur pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM turut dibuat melalui perlembagaan,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat JKKMAR di Putrajaya seperti dipetik laporan Astroawani hari ini.
Mesyuarat tambahnya turut bersetuju tindakan pemecatan terhadap individu yang memegang jawatan tertinggi SPRM itu perlu dibuat melalui proses perlembagaan.