Malaysia Dateline

JKM serah bantuan melalui parti politik

Tidak dinafikan bantuan-bantuan yang disalurkan oleh kerajaan adalah untuk rakyat yang mana sumber pendapatan mereka terjejas akibat wabak COVID-19 yang melanda negara.

Bantuan-bantuan kerajaan itu tidak seharusnya disalurkan melalui parti politik dibimbangi ia tidak sampai kepada sasaran yang sepatutnya.

Bagaimanapun, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hari ini didakwa menyerahkan bantuan melalui parti politik Umno, MCA dan Pas.

Perkara ini dimaklumkan sendiri oleh wakil rakyat Parlimen Sabak Bernam di dalam Facebooknya.

“Penurunan sumbangan dalam bentuk barang keperluan daripada JKM di Pejabat Parlimen Sabak Bernam.

“Sumbangan barang keperluan dari JKM telah dibahagikan kepada Parlimen Sabak Bernam, UMNO, MCA, PAS untuk dibahagikan kepada penerima sumbangan.

“Sumbangan akan diagihkan kepada penerima secara berperingkat,” tulisnya.

Sumbagan tersebut, katanya sebanyak 70 set barang keperluan makanan dan sumbangan daripada JKM sebanyak 75 set untuk diserahkan dan diagihkan kepada MCA.

“Terima kasih kepada Datuk George Kee membantu mengagihkan sumbangan. Semoga sumbangan yang disalurkan dapat memberi manfaat kepada penduduk cina di kawasan Parlimen Sabak Bernam,” katanya.