Malaysia Dateline

JKOM mengejutkan: Najib tiada hak kritik kerajaan PN sebab sebahagian kerajaan

Tindakan badan propaganda kerajaan Perikatan Nasional (JKOM) yang mendakwa Datuk Seri Najib Razak tidak ada hak untuk mengkritik kerajaan PN kerana beliau sebahagian dari kerajaan mengejutkan banyak pihak.

Bahkan tindakan ini mengejutkan Najib sendiri kerana kenyataan itu dibuat selepas Najib dikenakan pelbagai tindakan oleh kerajaan PN sendiri.

Menurut Najib, dalam tempoh dua bulan lalu sahaja, beliau telah dikenakan pelbagai tindakan oleh kerajaan PN termasuk notis bangkrap, tidak ada moral standing untuk menasihat kerajaan, saman sivil RM97 juta terhadap beliau dan sebagainya.

“Last-last, JKOM kecam Najib bahawa Najib tak ada hak kritik kerajaan sebab kamu sebahagian kerajaan PN.

“Tak faham lagi ke?” sindir bekas perdana menteri itu ketika menyerang kerajaan PN.

Menurut Najib, bahagian yang paliung beliau tidak faham adalah “dia orang dakwa saya “rompak: duit 1MDB. Lepas itu dia nak saya bayar cukai ke atas duit yang saya “rompak”.

“Lepas itu dorang kata saya bankrap.

“Lepas saya bankrap, dorang mahu saya bayar gantirugi RM97 bilion.

“Nampak tak?” tulis beliau dalam Facebooknya malam tadi.