Jodoh sampai sini, isteri Hafidz Roshdi tak mahu ulas lepas diceraikan

Oleh KIM SYAZIE

Sebelum ini tular mengenai status sedih yang dimuat naik isteri pelakon, Hafidz Roshdi mengenai suaminya yang dikatakan mempunyai wanita lain.

Terbaru, pelakon tersebut telah sah menceraikan isteri, Nurul Shuhada dengan talak satu bersaksikan keluarganya.

“Jodoh kami sampai di sini,” ujar wanita tersebut mengenai dakwaan dirinya sudah diceraikan.

Tidak mahu memanjangkan isu, Shuhada mohon diberikan ruang.

“Saya minta maaf, buat masa ini tidak ada apa yang ingin dikongsikan lagi.

Cuma, saya mohon doakan semoga hati saya dan anak-anak reda, insya-Allah. Selebihnya, tunggulah 1 Mac ini,” katanya seperti dipetik Harian Metro.

Difahamkan, Shuhada bakal memfailkan pengesahan lafaz cerai itu pada 1 Mac.

Baca juga: Pura-pura tidur masa ayah balik, warganet terkenang momen masa kecil