Johan dan tiga CEO Tabung Haji tamat kontrak

Johan dan tiga CEO Tabung Haji tamat kontrak

Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan penamatan tempoh kontrak tiga pegawai eksekutif dan seorang ahli lembaga Pengarah yang berkuatkuasa  pada 30 Jun lalu.

Dalam satu kenyataan menyebut,  mereka yang tamat kontrak perkhidmatan selama dua tahun itu ialah Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Seri Johan Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Badlisyah Abdul Ghani.

Johan menyertai TH pada Januari 2015 sebagai Timbalan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan. Sebelum menyertai TH beliau adalah Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif BIMB Holding Berhad yang merupakan anak syarikat TH.

Manakala Badlisyah pernah menerajui Bahagian Perbankan Islam Kumpulan CIMB sebagai Ketua Pegawai Eksekutif sebelum menyertai TH pada 1 Julai 2016.

TUrut diumumkan dua orang Ahli Lembaga Pengarah iaitu Tan Sri Datuk Paduka Badruddin Amiruldin dan Tan Sri Datuk Mohamad Aziz yang akan menamatkan kontraktor pada tarikh sama.

Badruddin dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah TH pada 1 Januari 2005 manakala Mohamad dilantik pada 1 Januari 2011.