Malaysia Dateline

Johari Abdul dilantik Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan

Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul dilantik sebagai Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan.

Dalam satu kenyataan oleh Ketua Setiausaha Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah  hari ini, menyatakan Majlis Presiden Pakatan Harapan dalam mesyuarat yang diadakan pada Khamis lalu telah sebulat suara melantik bersetuju melantik Johari.

Johari sebelum itu adalah Timbalan Ketua Whip PKR sejak 2008 sehingga 2013. Kemudian beliau menjadi Ketua Whip PKR pada 2013 sehinggaa 2018.

Johari juga pernah memegang jawatan Pegawai Kanan Kerajaan. Beliau mempunyai ijazah sarjana dalam Pengajian Strategik dari University of Lancaster.

Sebelum ini Johari telah menolak tawaran dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, Ketua Whip PKR di Dewan Rakyat itu memenangi kerusi Dun Gurun dengan majoriti 4,207 undi dan kerusi Parlimen Sungai Petani dengan majoriti 21,569 undi.