Malaysia Dateline

Pertama kali buka akaun TikTok, Johnny Depp sudah ada 7.5 juta pengikut seluruh dunia

Populariti pelakon terkenal dunia, Johnny Depp semakin meningkat naik apabila dilaporkan akaun TikTok yang baru dibukanya, meraih 6.9 juta pengikut dalam tempoh hanya 13 jam.

Sehingga artikel ini ditulis, akaun Depp sudah mempunyai 7.5 juta pengikut seluruh negara.

Bintang berusia 58 tahun itu memuat naik video pertama memaparkan waktu ketika beliau keluar dari mahkamah dan melambaikan tangan kepada para peminat.

Video ala montaj itu turut diselitkan beliau bermain gitar di atas pentas dan menaip menggunakan mesin taip.

“Kepada semua penyokong saya yang paling dihargai, setia dan tidak berbelah bahagi.

“Kita sentiasa bersama dan melihat segala-galanya bersama. Kita melalui jalan yang sama. Kita melakukan perkara yang betul bersama, semuanya kerana kepedulian anda.

“Dan sekarang, kita semua akan terus melangkah ke hadapan bersama-sama. Terima kasih. Salam sayang dan hormat dari saya,” tulisnya sebagai kapsyen.

Dia juga menyiarkan semula video TikTok di akaun Instagramnya, yang mempunyai 24.7 juta pengikut dan Facebooknya yang mempunyai 13 juta pengikut.

Disebabkan video perbicaraan yang berlangsung selama enam minggu sering menjadi trending di aplikasi TikTok, akaun pertama yang dibuka Johnny Depp ini benar-benar membuatkan peminat teruja.

Baca juga: Bukan sebab orang pergi kerja, tapi ibu bapa hantar anak ke sekolah punca jalan jem?

Baca juga: Bukan sebab orang pergi kerja, tapi ibu bapa hantar anak ke sekolah punca jalan jem?