Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Johor cari durian baka baharu

Johor cari durian baka baharu

Oleh BERNAMAJune 19, 2019 3:30 pm




Johor sedang mencari baka durian baharu terutama durian kampung di negeri ini yang berpotensi untuk diketengahkan dan dikomersialkan menerusi Pertandingan Durian Unggul.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Tosrin Jarvanthi berkata baka durian baharu itu juga berpeluang untuk didaftarkan di bawah Senarai Pendaftaran Varieti Tanaman Kebangsaan Jabatan Pertanian.

Katanya, pertandingan itu merupakan pengisian utama dan julung kali diadakan dalam Ekspo Tani dan Pesta Buah-Buahan Negeri Johor 2019 yang akan berlangsung pada 28 hingga 30 Jun ini di Padang Awam Majlis Perbandaran Segamat (MPS), Kampung Abdullah, Segamat.

Menurutnya, setakat ini terdapat 12 baka durian di negeri ini yang didaftarkan di bawah Senarai Pendaftaran Varieti Tanaman Kebangsaan Jabatan Pertanian.

“Hanya durian dari negeri Johor sahaja yang dibenarkan bertanding dan khusus untuk durian yang belum berdaftar dalam senarai pendaftaran itu.

“Pencirian durian mestilah menepati ciri-ciri premium yang ditetapkan oleh Jabatan Pertanian. Ia juga perlu ada kualiti dan mutu yang baik,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Pertanian Jabatan Pertanian Negeri Hishamuddin Ahmad.

Antara durian yang popular di negara ini dan berasal dari Johor adalah Durian Hajah Hasmah ataupun lebih dikenali sebagai Durian IOI.

“Secara tidak langsung jika menemui varieti baharu ini, kita dapat menambah koleksi dan baka baharu yang berasal dari Johor,” kata beliau.

Pemenang berpeluang membawa pulang wang tunai berjumlah RM1,000, tempat kedua RM750 dan RM500 bagi tempat ketiga.

Tosrin berkata Johor merupakan pengeluar durian terbesar di Malaysia diikuti Pahang dan Sarawak dengan keluasan tanaman sehingga 15,630 hektar dengan nilai pengeluaran hasil sebanyak 692,464 tan pada 2017.

Menurutnya, Segamat merupakan pengeluar terbesar durian di negeri ini dengan keluasan tanaman sebanyak 4,372 hektar dan nilai pengeluaran hasil 10,546 tan pada 2017 diikuti Muar, Tangkak dan Batu Pahat.

— BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Terkini

Pakej Permai: Kerajaan patut jadikan kos ujian saringan Covid-19 mampu milik

PN gagal lonjakkan ekonomi negara

Pengguna tak puas hati KPDNHEP cuba nafi harga minyak masak naik

Lapan kluster masih aktif di Sarawak

Selangor peruntuk RM6 juta untuk ujian saringan bersasar Covid-19

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production