Johor mahu laksana sumber air bawah tanah atasi isu bekalan air

Johor  mahu laksana sumber air bawah tanah atasi isu bekalan air

Khairuddin A Rahim

Akibat pencemaran sungai yang masih tidak dapat diselesaikan, Kerajaan Negeri Johor hari ini mencadangkan untuk mewujudkan syarikat air kedua yang berfungsi menjadikan sumber air bawah tanah sebagai alternatif.

Kenyataan dari Menteri Besar Datuk Osman Sapian itu disokong oleh Ahli Dewan Negeri (Adun) Senggarang, Khairuddin A Rahim yang menyatakan alternatif itu harus diusahakan.

Khairuddin berkata, dalam perbahasan yang dibawa, beliau telah menyentuh berkenaan dengan mewujudkan syarikat air kedua bagi menyelesaikan masalah air di negeri ini.

“Kerajaan mengalami masalah untuk menangani permalasahan pencemaran air sungai yang kronik di negeri ini dan ia menelan kos yang banyak untuk menyelesaikannya.

“Mengadakan sumber air bawah tanah sebagai langkah kedua untuk membekalkan air kepada pengguna adalah suatu langkah yang baik.

“Kebiasaannya air atas tanah (sungai) lebih mudah terdedah dengan pencemaran dan untuk membersihkannya ia melibatkan kos yang tinggi,” jelas Khairuddin ketika ditemui.

Dalam pada masa yang sama, Setiausaha Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Johor itu turut mengambil contoh beberapa negara maju seperti Jepun yang sudah melaksanakan penggunaan air bawah tanah berkenaan.

Beliau turut menegaskan sebelum ini peruntukkan bagi melaksanakan alternatif sumber air bawah tanah ini telah pun disenaraikan dalam bajet 2018 oleh kerajaan sebelum ini.

“Kita boleh menggunakan bajet yang sebelum ini telah dibuat oleh kerajaan terdahulu untuk melaksanakan perkara tersebut.

“Kerajaan boleh melakukan perkara sedemikian di beberapa tempat terlebih dahulu sebagai percubaan contohnya seperti di Kota Tinggi dan Mersing.

“Selain itu, Johor harus bersedia untuk berhadapan dengan dekad yang membangun dan sumber asas harian seperti air akan menjadi perkara utama yang harus diutamakan.

“Kajian perlu dibuat seperti mendapatkan maklumat kandungan air bawah tanah, mengenal pasti berapakah peruntukkan air yang diperlukan, kos operasi dan penyelenggaran serta kesan pengambilan air bawah tanah,”ujarnya.

7.0
OVERALL SCORE
: 7.0
Have no any user vote