Johor memilih: 239 calon sah bertanding, calon tertua berusia 71 tahun dari PN

Oleh Oleh SURI LAILA

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia mengumumkan seramai 239 calon mewakili 11 buah parti disahkan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor kali ini.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh mengesahkan kesemua 239 calon layak bertanding tanpa satu pencalonan pun ditolak selepas tempoh penamaan calon ditutup pada pukul 10 pagi tadi.

SPR memaklumkan, calon tertua yang akan bertanding dalam PRN Johor kali ini adalah calon dari Perikatan Nasional (PN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Permai, yang berusia 71 tahun.

Manakala calon termuda dalam PRN ini berusia 26 tahun yang akan dipertandingkan oleh Barisan Nasional (BN) di DUN N. 28 Mengkibol dan Pejuang di DUN N.10 Tangkak.

239 calon sah bertanding, calon tertua berusia 71 tahun dari PN
Calon tertua yang akan bertanding dalam PRN Johor kali ini adalah calon dari Perikatan Nasional (PN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Permai, yang berusia 71 tahun.

Julat umur calon bertanding: 18 hingga 29 tahun (lapan orang); 30 hingga 39 tahun (52 orang); 40 hingga 49 tahun (72 orang); 50 hingga 59 tahun (64 orang) dan 60 tahun ke atas (43 orang).

Sementara itu jumlah keseluruhan kerusi dipertandingkan setiap parti adalah seperti berikut:

Barisan Nasional (56 kerusi), Perikatan Nasional (56 kerusi), Pakatan Harapan (30), PKR (20), Parti Pejuang Tanah Air (42), Calon Bebas (16), Muda (7), Warisan (6), Parti Bangsa Malaysia (4), Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (1), Parti Sosialis Malaysia (1).