Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Johor terima FDI RM24.036 bilion tahun lepas, kata Exco

Johor terima FDI RM24.036 bilion tahun lepas, kata Exco

BernamaJuly 2, 2019 1:27 pm




Jumlah pelaburan langsung asing (FDI) diterima Johor mencatatkan nilai sebanyak RM24.036 bilion tahun lepas berbanding hanya RM5.102 bilion, pada tahun sebelumnya.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan Antarabangsa dan Utiliti negeri, Jimmy Puah Wee Tse berkata laporan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menunjukkan angka terbabit meningkat lebih empat kali ganda, sekali gus menempatkan Johor negeri pertama paling cemerlang dalam membawa masuk pelaburan asing.

“Selangor merupakan negeri kedua tertinggi pelaburan asing dengan FDI sebanyak RM10.837 bilion, diikuti Pahang sebanyak RM7.571 bilion.

“Semua data-data ini menunjukkan bahawa pelabur asing mempunyai keyakinan yang cukup tinggi terhadap Johor,” katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Johor di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Md Othman Yusof (BN-Kukup) yang bertanyakan jumlah FDI dan negara tertinggi melabur di negeri ini dalam tempoh setahun kebelakangan ini.

Puah berkata mengikut rekod, daripada 18 negara, Indonesia mendominasi FDI di negeri ini tahun lepas dengan sebanyak RM8.46 bilion, yang bertumpu di Pengerang melibatkan industri minyak dan gas.

Beliau berkata ini diikuti Belanda (RM7.57 bilion), China (RM2.84 bilion), Amerika Syarikat (RM2.36 bilion), Singapura (RM864.69 juta) dan Jepun (RM764.58 juta).

Katanya daripada 15 jenis sektor industri terlibat dalam FDI, industri petroleum dan petrokimia muncul sektor tertinggi tahun lepas, bernilai RM11.834 bilion, diikuti elektrik dan elektronik (RM8.315 bilion) serta kimia dan produk kimia (RM2.364 bilion).

Menurut Puah, bagi suku pertama tahun ini, Johor menerima pelaburan dalam bidang perkilangan sebanyak RM2.429 bilion berbanding RM868.09 juta dalam tempoh sama tahun lepas.

“Walaupun dalam keadaan ekonomi global yang kelihatan lembap dan tidak menentu, kita (Johor) masih lagi mampu berdaya saing dan merekodkan kemasukan pelaburan yang paling tinggi di Malaysia.

“Justeru, kita perlu berusaha lebih gigih dan proaktif supaya dapat mengekalkan momentum ini,” katanya.- BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Covid-19: Tengok orang mati depan mata, pesakit mengelupur bekalan oksigen dibuka

Terkini

Pakej Kita Selangor bela kebajikan rakyat hadapi PKP 2.0

Proklamasi Darurat, rakyat dan teori pusaran keheningan

PN guna duit cukai bayar iklan puji diri

Dr Dzul, Saifudin dan Loke wakil PH dalam JK Bebas nilai Darurat

AMK sambut baik pakej rangsangan Kita Selangor

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production