Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Joko Widodo kekal Presiden Indonesia untuk penggal kedua

Joko Widodo kekal Presiden Indonesia untuk penggal kedua

MALAYSIADATELINEMay 21, 2019 7:18 am




Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi dipilih sebagai Presiden Indonesia untuk penggal kedua selepas menewaskan pencabarnya, jeneral bersama Prabowo Subianto dengan margin 55.5 hingga 44.5 peratus, kata suruhanjaya pilihan raya.

“Keputusan ini diumumkan pada 21 Mei dan berkuat kuasa serta merta,” kata pengerusi suruhanjaya, Arief Budiman dalam satu kenyataan secara langsung yang disiarkan oleh semua media utama.

Suruhanjaya itu dijangka mengumumkan keputusan rasmi pilihan raya yang berlansung pada 17 April lepas, esok.

Walaupun diselubungi kebimbangan terhadap kemungkinan berlakunya kekacauan sebagai reaksi terhadap kiraan akhir, keputusan berkenaan dikeluarkan lebih awal tanpa sebarang notis.

Terdahulu Jokowi diramalkan memenangi pilihan raya berdasarkan keputusan tidak rasmi.

Pencabarnya, Prabowo sebelum ini berikrar untuk mencabar sebarang keputusan yang memihak kepada Jokowi dengan mendakwa wujud penipuan dalam kiraan undi dan memberi amaran, perkara itu akan mencetuskan rusuhan jalanan.

Sejumlah 32,000 pegawai keselamatan sudah dikerahkan ke seluruh Jakarta termasuk di hadapan bangunan Suruhanjaya Pilihan Raya Umum yang turut dihadang dengan kawat berduri. – AFP

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Bukan setakat 2 kolam, 100 kolam pun Pas sanggup masuk

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Darurat mesti cepat bukan lambat

Not all politicians are humble, but this one is

Solidariti pemimpin DAP hulur bantuan pasca banjir Pahang

“Yang mana mau ikut, Menteri Kanan atau Menteri Wilayah”

Pemuda Umno edar ayam percuma dikecam, bimbang wujud ‘Kluster Ayam Beku’

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production