Jom Big Screen, JDT lawan Kedah bersama Suhaizan Kayat

Jom Big Screen, JDT lawan Kedah bersama Suhaizan Kayat

Naib Pengerusi AMANAH Negeri Johor, Suhaizan Kayat, mengajak orang ramai dan penyokong-penyokong JDT untuk bersama-sama beliau menyaksikan perlawanan akhir secara langsung Piala Malaysia antara pasukan JDT dengan pasukan Kedah jam 8.30 malam ini di Restoren Dulang, Taman Ulam Raja, Kampung Maju Jaya.

“Jom bersama saya di Big Screen. JDT lwn Kedah di Restoren Dulang, Tmn Ulam Raja, Kg Maju Jaya” tulis beliau dalam laman facebooknya.

Sehubungan perlawanan ini, beliau turut menyokong teguran Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim Ismail terhadap tindakan ahli politik dan pemimpin tertentu yang memperalatkan jawatan politik bagi membolot tiket perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia itu.

Kenyataan tegas Tunku Ismail amat bertepatan dengan suasana dan tepat pada masanya, kata beliau.

“Saya menyokong penuh kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tunku Ismail yang bertegas untuk tidak memberi ruang kepada orang politik menggunakan pengaruhnya bagi membolot hak rakyat. Walaupun isu tiket bola sepak adalah isu kecil tetapi itulah simbol diskriminasi selama ini,” ujar Suhaizan Kaiat.

0.0
OVERALL SCORE
Have no any user vote
CATEGORIES