Malaysia Dateline

Jom cuba buat air milo cincau masa berbuka nanti, mesti esok ‘repeat’ lagi

Jom cuba buat air milo cincau masa berbuka nanti, confirm esok ‘repeat’ lagi! Haa kalau air soya cincau dah biasa sangat kita dengar, tapi kalau milo cincau macam ‘rare’ je kan?

Walaupun cuma menggunakan bahan-bahan mudah seperti air milo dan cincau, namun ia sangat menyegarkan dan sesuai buat minuman berbuka nanti.

Di laman TikTok, pengguna @boss.reen berkongsikan kepada orang ramai cara untuk membuat milo cincau ini. Ikuti langkah di bawah.

Resepi Air Milo Cincau Yang Mudah Dan Sedap!

Bahan-bahan :

  1. 4 sudu besar serbuk Milo
  2. Sedikit air panas | Untuk bancuhan serbuk milo
  3. 2 sudu besar susu pekat manis
  4. 1/4 cawan cincau
  5. Ais

Cara Penyediaan :

  1. Bancuhkan serbuk milo dengan sedikit air panas.
  2. Masukkan susu pekat manis dan kacau hingga sebati.
  3. Kemudian, penuhkan cawan dengan cincau dan ais yang banyak.
  4. Siap untuk dihidangkan.
@boss.reen

Resepi air time Ramadhan nanti. Milo Cincau!! Sedap gila weyh. 😍😍 #milo #cincau #tiktokchef #ramadhan

♬ Angkasa – Diandra Arjunaidi

Baca juga: