Malaysia Dateline

Jordan, Syria dan Lubnan mungkin sertai Gaza melawan Israel

Tentera Israel dan Jordan didakwa berbalas-balas tembakan di sempadan kedua-dua negara itu menyebabkan satu lagi medan baru di buka Israel dengan jirannya selepas menyerang Gaza.

Off Grid Desert Farming with Paul & Adrienne melalui rancangan Breaking News memetik satu stesen radio peribadi rakyat Amerika, Hal Turner, tembak menembak itu berlaku di sempadan kedua-dua negara itu.

“Ini luar biasa. Satu lagi medan dibuka apabila tentera Israel dan Jordan melepaskan tembakan antara satu sama lain di sempadan kedua-dua negara,” kata Paul dalam laporan itu.

Beliau juga menunjukkan satu video bagaimana ribuan rakyat Jordan (gambar atas) memecahkan pagar antara Jordan dan Palestin dan berlari beramai-ramai melanggar sekatan tentera mereka untuk menyertai rakan-rakan mereka di Tebing Barat.

Di samping itu, roket juga dilancarkan ke arah Israel dari Syria dan juga dari Hizbullah di Lubnan.

Turki juga, katanya, akan menghantar tenteranya sebagai pasukan pengaman ke Gaza.

Beliau juga menunjukkan satu video bagaimana ribuan rakyat Jordan berlari ke arah sempadan antara Jordan dan Palestin untuk menyertai rakan mereka di Tebing Barat.

“Ini mungkin akan menjadi perang agama yang mahu dimulakan oleh Erdogan dan Turki,” katanya.