Malaysia Dateline

JPJ buka bidaan nombor pendaftaran ‘DEH’, dijangka menjadi rebutan orang Kelantan

Orang Kelantan cukup sinonim dengan istilah ‘Deh’ di dalam pertuturan mereka sehari-hari.

Istilah ini adalah sejenis bunga bahasa yang kerap ditutur oleh masyarakat Kelantan yang memberi maksud baik atau ‘okey’.

Siri nombor pendaftaran ‘DEH’ akan dibuka Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk bidaan tidak lama lagi dan ia dilihat sebagai sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh rakyat negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

JPJ buka bidaan nombor pendaftaran 'DEH', dijanga menjadi rebutan orang Kelantan
Siri nombor pendaftaran itu akan dibuka untuk bidaan selama lima hari bermula 17 hingga 21 Mac dan tarikh keputusan bidaan pula akan diumumkan pada 22 Mac depan.

Siri nombor pendaftaran ‘DEH’ mungkin kedengaran biasa bagi orang lain tapi sebenarnya ia amat-amat dinanti oleh ‘ore kelate’.

Istilah deh mengikut wikiwand.com adalah sejenis bunga bahasa yang kerap dituturkan masyarakat Kelantan dalam perbualan mereka seharian.

‘Deh’ bermaksud baik atau okey dan ia biasanya dituturkan di belakang sesuatu ayat samada untuk memohon restu atau persetujuan.

Sebagai contoh: “Pakat mari deh (Nanti datang okey?… atau bo wak gitu deh (Jangan buat macam tu lagi okey?.

Menerusi hantaran di laman rasmi Facebook JPJ hari ini, siri nombor pendaftaran itu akan dibuka untuk bidaan selama lima hari bermula 17 hingga 21 Mac dan tarikh keputusan bidaan pula akan diumumkan pada 22 Mac depan.

Bidaan siri nombor berkenaan boleh dibuat secara atas talian menerusi pautan Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian (JPJeBid), https://jpjebid.jpj.gov.my/ebid/