Juadah paling tak boleh ‘miss’ masa Raya! Nombor 3 paling disukai

Oleh MAISARAH AISYA

Tak lama lagi nak sambut Hari Raya Aidilfitri, mesti setiap keluarga ada juadah wajib dihidangkan untuk perayaan ini.

Pelbagai jenis aneka dan lauk untuk menunjukkan kemeriahan menyambut bulan Syawal, meja penuh dengan makanan.

Ini antara makanan wajib dihidang pada hari raya, serenyah mana sekalipun cara pembuatan masih ada mengekalkan tradisi ini.

1. Lemang

Lemang could be served in two ways, split the bamboo stalk with machete...  | Download Scientific Diagram

Walaupun cara nak buat lemang ini rumit namun ia tetap menjadi kegilaan ramai.

Proses untuk memasaknya memerlukan buluh untuk mengisi beras pulut dan santan serta dilapik dengan daun pisang sebelum di bakar.

Kalau zaman dulu mesti nampak nenek bakar lemang di luar rumah, malam sebelum raya, tapi zaman sekarang nak cepat buat dalam cawan sahaja.

2. Rendang

Kalau sudah ada lemang mesti ada kuah untuk dicicah, pastinya masakan jenis rendang menjadi pilihan,

Tidak kira ayam, daging atau kambing, makan kuah sahaja sudah mencukup, boleh tersandar lepas makan.

3. Ketupat

Ketupat Daun Dan Palas Semakin Dilupa Atau Masih Dianyam Malam Raya? -  Kongsi Tular - Semasa - Forum - CARI Infonet

Ha! Ketupat ini memang makanan kegemaran ramai bila bulan Syawal. Ketupat ada dua jenis, ketupat nasi dan ketupat palas.

Kalau di bahagian pantai timur pula, ada ketupat tawar dan ketupat manis, ketupat pulut hitam pun ada barulah meriah.

4. Nasi minyak

NASI MINYAK KENDURI KAHWIN | Tips Nasi Berderai Sebiji Sebiji

Kalau dah Raya mestilah nak masak nasi gaya berlainan, tapi banyak rumah hidang nasi minyak, aroma dia sahaja sudah boleh buat kecur air liur, belum makan lagi.

Nasi putih pun tak ada masalah, asalkan lauk sedap ‘confirm’ habis.

5. Ayam masak merah

Ini lauk yang wajib dibuat kalau makan nasi minyak, ayam ini kalau masak apa pun cepat habis sebab tak kira peringkat umur mesti nak makan ayam.

Tambahan pula, ayam masak merah agak senang dibuat. Kalau nak lagi senang goreng dengan kunyit pun tetap laku keras.

Baca juga: Perasan tak lubang kecil dekat penapis? Rupanya ada kegunaan yang ramai tak tahu