Malaysia Dateline

Jual air mani kerbau pun boleh cecah RM3.9 juta, tapi kena lihat baka dulu

Siapa menyangka air mani dari baka kerbau yang berkualiti mampu mencecah jutaan ringgit.

Seorang petani di Thailand jana pendapatan melalui penjualan air mani kerbau sahaja lapor TheThaiger semalam.

Petani tersebut memperoleh pendapatan mencecah 1 juta baht (RM130,879) secara bulanan hasil penjualan air mani tersebut.

Antara air mani yang menghasilkan pendapatan paling lumayan datang daripada ‘Big Billion’ iaitu seekor kerbau air jantan berharga 30 juta baht (RM3.9 juta).

Permanian berhadas adalah teknik di mana air mani kerbau dimasukan ke dalam kerbau betina untuk melahirkan generasi kerbau sama seperti induknya.

Pemilik Big Billion, Mongkol Mongphet berkata, pendapatannya bukanlah sekadar daripada penjualan air mani malah kerbau tersebut juga adalah seekor haiwan ladang yang bekerja.

Menurut Mongkol, kerbau diibaratkan traktor tanpa kos, najisnya boleh digunakan sebagai baja untuk suburkan tanaman padi.

Baca juga: Terkejut punya pasal, pasangan kekasih larikan diri daripada peronda MPV