Malaysia Dateline

Jual balik Mercedes, boleh bina 70 buah rumah fakir miskin di Kelantan

Aktivis AMANAH Kelantan, Hisyamuddin Ghazali atau dikenali Sham Ghaz mencadangkan Kerajaan Negeri menjual semula kereta Mercedes Benz yang dibeli sebelum ini.

Beliau berkata, perbelanjaan membeli kereta Mercedes Benz untuk Exco Kerajaan Kelantan sebanyak RM3.5 juta dengan nilaian ini kerajaan boleh membina 70 buah rumah fakir miskin berharga RM50,000 seunit.

Ziarah Ebit Lew di salah sebuah keluarga miskin di Kampang Tapang Kota Bharu Kelantan kelmarin

“Jika bagi sebuah rumah kepada 3 fakir miskin yang Ebit Lew pergi bayarkan sewa tu, dah banyak mana rakyat miskin Kerajaan Negeri dapat bantu?

“Jika bagi sebuah rumah seorang pun, dengan nilai RM50,000 sebuah, sudah 70 buah rumah fakir miskin dah Kerajaan Negeri dapat bantu.

“Saya syorkan Kerajaan Negeri Kelantan JUAL BALIK Kereta Mercedes Benz yang baru beli tu, pakai Viva ja. Duit tu bagi pada Faqir Miskin, setiap rumah yang Ustaz Ebit Lew pergi ziarah. Sekian,” katanya dalam entri facebooknya.

Terdahulu seorang pendakwah dermawan Ebit Lew telah memuat naik cerita sedih beliau ketika menziarahi sebuah keluarga di Kampung Tapang, Kota Bharu yang terletak di dalam kawasan Dun Pancor yang diwakili Nik Amar.

Beliau juga turut melakukan ziarah di sebuah keluarga yang daif tinggal di kawasan timbunan sampah di Pasir Mas.

Kedua-dua keluarga ini dikatakan tinggal di sebuah rumah yang sangat usang dan hampir roboh lebih 20 tahun yang lalu.

 

Beliau kemudiannya mencari rumah baru untuk keluarga terbabit dan memindahkan mereka ke sana dengan urusan sewa rumah itu dibayar oleh beliau hasil sumbangan orang ramai kepadanya.

Ekoran itu, para netizen mula mengecam kerajaan Kelantan yang tidak cakna terhadap keluarga ini sepanjang pentadbiran Pas di Kelantan yang kini hampir 30 tahun.