Biasalah pergi ke festival makanan atau mana-mana kedai yang viral mesti ada satu menu terkenal yang di ‘hype’ orang ramai.
Harga jangan cakaplah memang pastinya tinggi tapi kualiti makanan entah hilang ke mana, yang beli pun sebab banyak lalu di sosial media.
Seorang pengguna media sosial, Aimkchiup nekad beli dua bekas kentang goreng yang berharga RM20 sebekas.
Jika dilihat kepada bekas kotak dan gaya persembahan, tampak menarik dan berkemungkinan sedap.
Namun segalanya hambar, sudahlah mahal, yang dirasai hanyalah tepung dan bukan kentang tersebut.
“Satu kotak RM20, dua kotak RM40, rasa kentang tak ada langsung. Rate satu sampai 10, aku bagi 0.5.
“Senangnya buat duit jual kotak tanpa rasa kentang, cuma rasa tepung,” ujar pengguna tersebut.
Rata-rata netizen pelik dengan harga yang diletakkan sedangkan ada banyak pilihan lain dengan kadar lebih murah.
“Pelik orang kita ni, macam ni sanggup beli. Kita jual nasi goreng siap letak rencah, sayur harga RM6 kena cop mahal.
“Satu kotak RM20? Baik pergi beli dekat pasar raya satu beg besar tu tak sampai RM10, boleh buat banyak kali.
“Malas aku nak pergi festival makanan sebab inilah. Aku beli laksa hari tu langsung tak ada rasa, tawar betul,” antara komen netizen.
Baca juga: Pelajar ‘backup’ cikgu yang diserang makcik kantin, dedah punca makanan tak laku