Jual muka sedih sikit, pengemis warga asing boleh raih pendapatan RM10,000 sebulan

Oleh KIM SYAZIE

Tidak perlu bekerja keras, pengemis di sekitar Johor Bahru dikatakan mampu meraih pendapatan sehingga RM300 sehari.

Jika nilai itu berjaya dikumpulkan selama sebulan, wang yang berjaya dikutip boleh mencecah sehingga RM10,000.

Tidak memerlukan modal yang besar, pengemis ini hanya perlu ‘menjual’ tampilan yang menyedihkan di hadapan orang ramai.

Difahamkan, golongan ini menjalankan aktiviti mengemis di kawasan lampu isyarat di sekitar negeri selatan tanah air itu.

Mereka juga akan mula menagih simpati kepada pemandu kereta setiap kali kenderaan diberhentikan di lampu isyarat.

Golongan ini dikatakan datang daripada mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap.

Siasatan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru juga mendapati ada di antara pengemis ini mempunyai masalah ketagihan dadah dan alkohol.

Selepas menerima aduan daripada orang ramai, JKM memaklumkan pihaknya segera bertindak menangkap dan menyelamatkan pengemis berkenaan.

Selain kanak-kanak dan orang kelainan upaya (OKU), warganegara asing dari Rohingya dan Vietnam turut ditahan dalam operasi itu.

Baca juga: Beli lain dapat lain, wanita terkejut buka kotak nampak cicak besar, padahal order ‘air fryer’