Tular mengenai isu syiling dobi yang dijual atas talian, ini adalah isu serius kerana dilihat seperti melakukan penipuan.
Khidmat mesin dobi yang anda gunakan itu perlu dibayar, jika ada masalah pada mesin maka duit itulah untuk baik pulih.
Seorang pengguna memuat naik gambar di Twitter, @SyedAkramin mengenai syiling dobi yang dijual serendah 0.28 sen.
“Dekat Shopee ada orang jual coin dobi serendah 0.28 sen sekeping. Jumlah jualan melebihi 73,000.
“Bayangkan kerugian yang dialami oleh pengusaha dobi. Saya cadang agar pengusaha dobi tukar kepada cashless method (pembayaran tanpa tuna),” ujarnya.
Warganet mengingatkan para pembeli bahawa perbuatan tersebut sudah dikira mencuri malah mempertikai mengapa rakyat Malaysia suka sangat dengan benda percuma.
“Ini samalah dengan perbuatan mencuri,” komen @ZainalAzmanNS.
“Orang Malaysia semua nak percuma, ada movie mantap, dia pergi pirate (cetak rompak), ada jersi tempatan lawa, dia beli pasar, ada dobi pun dia beli token luar.
“Akhirnya marah kerajaan, kenapa tak luluskan tol tak perlu berhenti tu. Bayangkan berapa ramai orang tak pasang peranti dalam kereta? Bodoh,” tambah @hnfvsl.
Baca juga: Lelaki berang tunggu bas lama sangat, warganet cadang naik Grab kalau nak cepat