Jualan baju Melayu boleh selak meningkat walau dikecam

Jualan baju Melayu boleh selak meningkat walau dikecam

Rata-rata pengguna media sosial mengecam rekaan baju Melayu boleh selak oleh pelakon Erry Putra yang dikatakan seperti direka khas untuk kemudahan ibu menyusukan bayi.

Walau bagaimanapun, Erry berkata, penjualan baju yang dikeluarkan dalam 20 warna pilihan dengan tiga rekaan berbeza itu meningkat mendadak di sebalik kritikan dan sindirian tersebut.

Beliau berkongsikan reaksinya itu di Instagram yang antara lain menyifatkan rekaan bajunya itu bertujuan untuk mencari kelainan sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.

“Haha kena viral pasal baju saputra..its okey itu hanya sedikit ujian…saja nak cari kelainan dalam baju raya tahun ni..biasa ada suka ada tak..yang mana suka syukur..yang mana tak suka alhamdulillah hahaha…apa pun jualan kini dan makin banyak dan stock pun banyak dah habis. Amin..hehe”

Sejak beberapa hari lalu, beberapa keping foto memperlihatkan Erry dan adik tirinya menggayakan baju berkenaan tular di pelbagai laman sosial.

Menurut Erry, 40, koleksi itu menggabungkan tiga baju tradisi mewakili tiga kaum utama di Malaysia iaitu baju Melayu, kurta dan samfu jika dilihat secara dekat.

“Ini merupakan kali pertama saya bekerjasama dengan UA Butik dalam menghasilkan baju Melayu dan rekaannya adalah hasil perbincangan kedua-dua belah pihak,” dipetik dari Utusan Online.

Anak kelahiran Kelantan berkenaan berkata, fesyen bajunya itu boleh dibeli secara terus di butik yang terletak di TTDI Jaya, Shah Alam atau pembelian dalam talian menerusi laman Instagram @ua_butik.

CATEGORIES