Jualan kenderaan naik 0.5 peratus pada Oktober

Jualan kenderaan naik 0.5 peratus pada Oktober

Jualan kenderaan di Malaysia meningkat 0.5 peratus atau 232 unit kepada 47,273 unit pada Oktober 2018 berbanding 47,041 unit dicatatkan dalam bulan sama tahun lepas.

Menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA) dalam kenyataan, jumlah jualan pada Oktober turut naik 51 peratus berbanding September.

MAA berkata daripada jumlah kenderaan yang dijual, sebanyak 42,364 unit merupakan kenderaan penumpang dan bakinya adalah kenderaan komersial.

Dari segi pengeluaran, katanya terdapat peningkatan sebanyak 1.28 peratus kepada 51,769 kenderaan yang dikeluarkan pada Oktober berbanding 40,464 pada bulan sama tahun lepas.

“Kami menjangka jumlah jualan bagi November naik sedikit berbanding Oktober, didorong oleh pelancaran model baharu dan kempen promosi akhir tahun yang agresif,” menurut MAA.

— BERNAMA