Julia Farhana terharu suami rela teman daki tangga, takut naik lif kalau terlalu sesak

Oleh WAN SITI AMINAH

Pelakon, Julia Farhana baru-baru ini berkongsikan satu rakaman memaparkan dirinya bersama suami iaitu Dr Che Muhammad Hafiz sedang menaiki tangga dengan persalinan lengkap busana raya.

Kedua-duanya kelihatan seperti sudah agak keletihan dan berpeluh namun meneruskan ‘pendakian’ sehingga tiba ke unit kediaman yang menjadi destinasi mereka untuk menghadiri majlis rumah terbuka.

Menerusi satu hantaran dimuat naik di platform TikTok, pemilik nama sebenar Julia Farhana Marin itu mengakui mempunyai sebabnya tersendiri untuk menaiki tangga meskipun kediaman tersebut memiliki kemudahan lif.

Namun pelakon yang berusia 31 tahun itu merasa terharu apabila suaminya sanggup menaiki tangga walau tidak menghadapi masalah sama kerana enggan membiarkan dirinya bersendirian.

“Cuba teka berapa tingkat yang kami daki? Sampai dekat rumah terbuka, kami sudah basah berpeluh. Saya memilih untuk menaiki tangga. Saya juga sudah beritahu suami untuk menaiki lif sahaja.

“Kerana ini adalah masalah saya. Biar sahaja saya hadapi masalah ini. Tetapi dia tak benarkan saya menaiki tangga seorang diri,” kata pelakon berkenaan menerusi ruangan kapsyen hantaran itu.

@juliafarhanamarinjfm

Cuba teka berapa tingkat we climb? 🥹 Sampai kat open house basah berpeluh 🤣 I tak takut naik lif most of the time.. But…… kalau penuh mcm tun sardin, NO! I sanggup naik tangga. Sempit. Scary. Please lah. Dah penuh kan? Kenapa masuk lagi 😭 and…. Lif punya display mcm tukar tukar between “not in service” & “full” nanti kita naik tiba tiba stuck dalam tin sardin lagi lah…… No thanks. Tangga for me. I told my husband to just take the lift because this is my problem. Ill handle my problem, but he wont let me take the stairs alone 🥹🫶🏻 @Drchehafiz

♬ 꿈과 책과 힘과 벽 – JANNABI

Rupa-rupanya, Julia yang mula meraih populariti melalui lakonannya di dalam drama bersiri Hantu Punya Bos itu memiliki ketakutan dan kerisauan untuk menaiki lif jika sudah dipenuhi dengan orang ramai.

Hal ini berikutan Julia dipercayai menghidap Klausrofobia iaitu seseorang yang mempunyai ketakutan atau merasa gelisah serta tidak selesa apabila berada di ruangan kecil atau sempit seperti bilik tanpa tingkap.

“Saya tidaklah takut naik lif. Tetapi kalau penuh macam tin sardin. Oh, tidak! Saya lebih sanggup naik tangga. Sebab sempit, saya takut. Tolonglah, kalau tahu sudah penuh, kenapa nak masuk lagi?

“Paparan dekat lif juga sudah bertukar. ‘Not in service’ (tiada dalam perkhidmatan) dan ‘full’ (penuh). Nanti kalau kita naik juga dan tiba-tiba tersekat di dalam, macam tin sardin lagi. Tak mengapalah, saya rela memilih tangga.” Kongsinya.

Baca juga: Peguam cadang LHDN kutip cukai dari ‘influencer’ gemar tayang kaya di sosial media