Jumlah keluar mengundi sekitar 54 peratus setakat jam 5 petang.

Jumlah keluar mengundi sekitar 54 peratus setakat jam 5 petang.

Sehingga jam 5 petang tadi jumlah pengundi yang keluar mengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) P.132 Port Dickson adalah 54 peratus.

Demikian kata Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dalam satu sidang media di Port Dickson petang ini.

Menurut beliau, berdasarkan sistem yang digunakan Pakatan Harapan (PH) dan maklumat SPR juga, sehingga jam 5 petang, peratus pengundi yang keluar mengundi adalah 55 peratus berbanding 45 peratus wanita.

“Setakat ini, jumlah pengundi berusia 40 tahun ke bawah yang keluar mengundi adalah seramai 40.5 peratus dan di sini terdapat peningkatan,” kata beliau kepada media.

Kata beliau lagi, trend mengundi pada PRK ini menunjukkan kebanyakan orang muda keluar mengundi di sebelah pagi manakala orang dewasa keluar di sebelah petang.

Beliau menjangkakan, jumlah keseluruhan pengundi awam pada PRK ini adalah sekitar 57 hingga 60 peratus.

Peningkatan pengundi yang memberangsangkan kata beliau adalah dari Dun Lukut iaitu hampir 60 peratus, sementara Dun-Dun lain adalah sekitar 50 hingga 55 peratus.

 

0.0
OVERALL SCORE
Have no any user vote