Malaysia Dateline

Jumlah kematian hari ini 211 orang

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak 211 orang telah disahkan meninggal dunia akibat COVID-19 pada hari ini.

Ini menjadikan kumulatif kes kematian dalam negara setakat ini seramai 11,373 orang.

Manakala 1,053 pesakit COVID-19 kini berada di ICU di mana seramai 546 orang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Seramai 17,937 pesakit dilaporkan telah sembuh menjadikan jumlah kes sembuh setakat ini 1,075,816