Malaysia Dateline

Jumlah kes baru terus catat bawah 2,000 kes

Jumlah kes baharu harian pada hari ini naik sedikit daripada semalam iaitu 1,745 kes menjadikan kumulatif kes baru positif COVID-19 sebanyak 305,880 kes.

Semalam kes baru mencatat sebanyak 1,555 kes.

1,743 kes membabitkan penularan tempatan manakala sebanyak 2 kes adalah melibatkan kes import.

Seramai 7 pesakit disahkan maut pada hari ini menjadikan jumlah kes kematian seramai 1,148 orang.

Manakala pesakit yang masih dirawat di ICU seramai 195 orang di mana 95 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh pada hari ini sebanyak 2,276 kes menjadikan kumulatif kes sembuh adalah 280,707 kes.

Bagi status kes baharu untuk negeri pula, Selangor terus mencatat kes tertinggi iaitu sebanyak 640 kes diikuti negeri Johor sebanyak 376 kes.