Malaysia Dateline

Jumlah kluster di Sarawak meningkat kepada 32

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan jumlah kluster di negeri ini terus meningkat kepada 32 setakat semalam.

Kata JPBN, selain Kluster Jalan Merpati, Miri yang diisytihar semalam, kluster lain ialah Kluster Hilir, Sibu, Kluster Tanjung, Bintulu , Kluster Emperoh Jambu, Kuching, Kluster Jalan Main Bazaar, Sri Aman; Kluster Kiba, Sibu dan Kluster Jalan Muhibbah, Betong.

JPBN berkata, kluster lain ialah Kluster Gelong, Kapit, Kluster Nanga Bulo, Julau, Kluster Sanyan, Sibu, Kluster Begalak, Song, Kluster Buluh Pasi, Meradong, Kluster Sena, Miri dan Kluster Awang, Sibu.

“Turut tersenarai ialah Kluster Buloh, Selangau, Kluster Melor, Pusa, Kluster Tunggal, Julau, Kluster Jalan Ho Pin, Samarahan, Kluster Sungai Bakong, Meradong, Kluster Kampung Sungai Maong, Kuching dan Kluster Jalan Green, Kuching.

“Kluster lain ialah Kluster Kejatau, Sri Aman, Kluster Jan Yong, Kapit, Kluster Geronggang, Sibu, Kluster Univista, Samarahan, Kluster Kidurong Dua, Bintulu, Kluster Nanga Lijan, Julau, Kluster Seruas, Beluru, Kluster Sebangkoi, Sri Aman, Kluster Jun Heng, Bintulu, Kluster Rakut, Miri, Kluster Pasai, Sibu dan Sub-Kluster Tagap, (Subis),” jelas JPBN dalam satu kenyataan.

Mengenai Kluster Jalan Merpati di Miri yang diisytihar semalam, JPBN menjelaskan, kluster berkenaan hanya melibatkan Daerah Miri dan merupakan kluster tempat kerja di sebuah pusat membeli-belah.

“Kes indeks kluster ini adalah kes ke-11,094 merupakan seorang wanita rakyat Sarawak berumur 45 tahun yang dikesan melalui saringan individu bergejala di Hospital Miri pada 7 Mac lalu.

“Kes mengalami tanda dan gejala sejak 3 Mac lalu semasa mendapat rawatan dan disahkan positif Covid-19 pada 7 Mac lalu. Kes indeks ini adalah pekerja di pusat membeli belah,” ujar JPBN lagi.

Menurut JPBN, hasil siasatan lanjut dan aktiviti saringan kepada semua kontak rapat tempat kerja dan ahli keluarga kepada kes indeks ini, 50 lagi telah dikesan positif.

“Seramai 310 individu telah disaring iaitu 51 kes dikesan positif termasuk kes indeks, 193 individu didapati negatif dan 66 individu menunggu keputusan.

“Semua 51 kes ini dirujuk ke Hospital Miri dan PKRC Miri untuk tujuan pengasingan dan rawatan lanjut,” kata JPBN.