Malaysia Dateline

Jumlah mangsa banjir di Segamat 1,136 dijangka terus meningkat

Setakat jam 8 malam tadi dilaporkan jumlah mangsa banjir di Segamat Johor naik mendadak kepada 1,136 mangsa daripada 290 keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS).

Berbanding hanya 658 orang daripada 192 keluarga yang ditempatkan di sembilan PPS pada jam 12 tengah hari tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor R Vidyananthan berkata, ia termasuk penambahan 10 PPS yang baru dibuka, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 19 PPS yang beroperasi, sehingga 5 petang tadi.

Jelasnya, jumlah mangsa banjir di daerah itu dijangka akan terus meningkat dengan lebih banyak PPS akan dibuka.

“PPS yang dibuka adalah di Balai Raya Kampung Paya Lenga, Balai Raya Paya Lebar dan Balai Raya Kampung Gelang Chinchin

Selain Sekolah Kebangsaan Tah Kang, Balai Raya Kampung Awat dan Balairaya Taman Bukit Lentang,
“Serta Balai Raya Kampung Jabi 1 dan Balai Raya Jalan Pemuda serta beberapa PPS yang lain.

“Mangsa banjir paling ramai ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Kampung Tenang yang menempatkan 267 mangsa daripada 73 keluarga, dan Sekolah Kebangsaan Batu Anam dengan 256 mangsa dari 70 keluarga,” katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.