Malaysia Dateline

Jumpa doktor secara bersemuka bukan tanya ‘pm’ tepi

Saya memang sayangkan rakyat Malaysia. Sebab sayanglah saya tidak mahu rakyat Malaysia mencari medical consultation melalui media sosial.

Doktor-doktor perubatan, walau pandai macam mana pun, dan pakar berpengalaman macam saya pun, tidak boleh buat diagnosis yang betul tanpa berjumpa dengan pesakit.

Doktor-doktor pun boleh buat kesilapan. Untuk meminimumkan dan mengurangkan kesilapan maka, apa yang terbaik ialah berjumpa dengan doktor secara bersemuka untuk berbincang apa masalah anda.

Ada banyak soalan yang doktor nak tanya, nak buat pemeriksaan, mungkin perlu buat ujian darah, mungkin perlu buat scan atau X-ray, dan yang penting juga nak tau jika anda ada penyakit lain yang kita panggil komorbiditi.

Sesetengah orang ada lebih daripada satu penyakit, apabila mereka datang mengadu tentang gejala lain, kita dapati mereka ada penyakit lain yang tiada gejala juga, maka rawatannya berlainan daripada pesakit yang hanya ada satu jenis penyakit.

Sebab itulah setiap ibu hamil yang datang berjumpa saya sebab ada simptom-simptom yang merisaukan dia, saya periksa juga tekanan darah, air kencing dan kesihatan janin di dalam kandungan juga, bukan hanya merawat simptom yang ibu itu mengadu kepada saya.

Saya nak bagi nasihat, janganlah minta consultancy dalam ruang komen atau PM. Pergi jumpa doktor di klinik. Untuk second opinion atau third opinion, pergi cari doktor lain di klinik lain.
Jangan cuba minta nasihat perubatan di media sosial.

Saya nak bagi nasihat, janganlah minta consultancy dalam ruang komen atau PM. Pergi jumpa doktor di klinik. Untuk second opinion atau third opinion, pergi cari doktor lain di klinik lain.

Jangan cuba consultancy di media sosial. Saya tidak suka buat kerja cincai-cincai buat apa-apa consultancy tanpa berjumpa pesakit. Saya sangat menghargai kesihatan anda.

Tetapi jika anda nampak juga netizen mai sini nak minta consultation masalah kesihatan dia dalam ruang komen, silalah beri dia nasihat untuk pergi jumpa doktor di klinik.

Suruh dia padam soalan dia, supaya kita sama-sama boleh melindungi netizen daripada jadi mangsa penjual produk tidak beretika yang akan mungkin PM dia nak jual produk overclaim, dan saya tidak mahu tengok makcik bawang masuk bagi mitos dan auta.

Saya kena ada quality control di personal page saya sendiri, tidak boleh benarkan makcik bawang masuk menyebarkan mitos dan auta, tidak boleh benarkan penjual produk overclaim masuk iklankan produk mengarut di sini.

Tetapi yang selalu jadi mangsa ialah netizen yang minta pendapat perubatan di media sosial. Netizen ini menjadi target. Sebab inilah saya melindungi netizen macam ini dengan cepat-cepat padam soalan perubatan peribadi mereka jika mereka minta pendapat perubatan juga di ruang komen.

Ada yang saya hanya nasihatkan pergi jumpa doktor di klinik, tetapi jika saya dapati makcik bawang dah mai jawab bagi nasihat perubatan yang kurang tepat, saya padam langsung cepat-cepat.

Nasihat yang terbaik untuk mereka ialah pi jumpa doktor di klinik, bukan menggalakkan mereka tanya di media sosial dan mencuba bagi nasihat perubatan jika anda bukan doktor. Jangan buat main nyawa dan kesihatan orang lain.

Saya tahu ramai netizen sebenarnya manja dengan saya. Saya pun sayangkan anda semua. Sebab itulah saya mesti tegas. Sekali-sekala saya bergurau dan berlawak dengan anda semua tetapi isu kesihatan anda saya tidak buat main-main.