Siapalah yang sanggup buang duit dalam timbunan sampah sedangkan hilang RM10 sahaja sudah geledah satu rumah inikan pula beratus ribu.
Seorang individu menemui wang tunai berjumlah kira-kira 8 juta yen (RM262,454) di sebuah premis perniagaan di bandar raya Niigata, Jepun lapor The Mainichi.
Menurut Balai Polis Niigata, individu yang mempunyai kaitan dengan lokasi perniagaan itu menemui wang tersebut dalam timbunan sampah di premis berkenaan pada 5 Jun lalu.
Terkejut melihat jumlah yang besar dalam timbunan sampah, individu tersebut membuat laporan polis mengenai penemuannya.
Balai Polis Niigata kemudian mendedahkan penemuan wang tersebut semalam bagi mencari pemilik wang berkenaan.
Jika pemiliknya gagal tampil, individu yang menemuinya boleh menuntut wang tersebut.
Baca juga: Tinggal sebumbung dengan dua suami, wanita siap guna sistem tidur bergilir