Malaysia Dateline

Junjung kasih Tuanku, kata Mohamad Sabu

Presiden AMANAH Mohamad Sabu menzahirkan junjuh kasih kepada Yang di-Pertuan Agong yang memperkenankan padangan Raja-raja Melayu agar Parlimen segera bersidang.

“Menjunjung kasih atas perkenan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu agar parlimen segera bersidang bagi membahaskan kepentingan rakyat yang terjejas teruk ketika ini,” ciap Mohamad Sabu di Twitternya.

Mohamad berkata, titah Agong itu adalah sebahagian daripada cadangannya serta ketua-ketua parti dalam Pakatan Harapan ketika menghadap Baginda tempoh hari.

Setelah mengadakan Mesyuarat Khas Majis Raka-Raja Melayu hari ini, YDPA telah menitahkan agar Parlimen bersidang segera bagi membolehkan Ordinan-ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan oleh Ahli-ahli Dewan Rakyat.