Junz Wong jangan angkuh, kuasa rakyat akan tentukan

Junz Wong jangan angkuh, kuasa rakyat akan tentukan

Ketua Pemuda AMANAH Sabah, Khairuddin Daud menyifatkan kenyataan Adun Likas merangkap Naib Presiden Parti Warisan Sabah, Junz Wong bahawa AMANAH bukan sebuah parti yang relevan di negeri itu sebagai angkuh.

Beliau berkata demikian merujuk kepada kenyataan Junz Wong yang disiarkan dalam laman portal Malaysiakini bertajuk Warisan Hanya Bekerjasama Dengan Parti Yang Relevan di Sabah bertarikh 6 April 2018.

Kata Khairuddin, beliau mengucapkan terima kasih kepada Junz Wong kerana akhirnya beliau tahu mengiktiraf kewujudan AMANAH Sabah dalam Pakatan Harapan (PH) Sabah kerana dalam siri kenyataan Warisan sebelum ini langsung tidak menyebut mengenai AMANAH Sabah.

“Beliau menyatakan Warisan hanya bekerjasama dengan parti yang relevan di Sabah iaitu PKR dan DAP Sabah sekali gus melabelkan AMANAH sebagai parti yang tidak relevan di Sabah.

“Beliau juga menegaskan kerjasama bukanlah antara Warisan dan PH.

“Kenyataan YB Junz ini seolah-olah memperlekeh kuasa rakyat dalam sistem pilihan raya di negara kita apabila melabelkan AMANAH sebagai sebuah parti yang tidak relevan di Sabah,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Jelasnya, sebagai seorang YB yang menang atas tiket DAP suatu ketika dahulu, sepatutnya beliau faham kuasa menentukan parti itu relevan ataupun tidak adalah rakyat.

Rakyat yang menentukan sama ada AMANAH relevan ataupun tidak, demikian juga parti-parti lain termasuklah Warisan, ambungnya.

Katanya lagi, semua parti pembangkang di Sabah telah bekerja lebih awal untuk menumbangkan Umno-BN sebelum adanya Warisan.

“Maka, menyifatkan parti lain tidak relevan adalah kenyataan yang angkuh.

Saya berharap ia tidak mewakili pendirian Warisan kerana ia pasti mengecewakan penyokong Warisan.

“Beliau juga belum tentu relevan di mata rakyat Sabah sekiranya terus bersikap angkuh,” kata Khairuddin.

6.0
OVERALL SCORE
: 6.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS