Malaysia Dateline

Jurucakap nafi Johnny Depp bakal kembali dalam ‘Pirates Of the Carribean’, dakwa ia hanya rekaan

Jurucakap kepada pelakon terkenal Hollywood, Johnny Depp menafikan khabar angin bahawa aktor itu akan kembali menjayakan watak popularnya sebagai Captain Jack Sparrow menerusi sekeul filem Pirates of the Caribbean yang keenam.

Sebelum ini tular khabar angin mengatakan aktor berusia 59 tahun itu ditawarkan sebanyak RM1.3 bilion untuk watak itu.

Tawaran dibuat selepas Disney didakwa kembali berminat menjalin kerjasama dengan Depp dan sudah menghubunginya selepas lima tahun tidak bekerja dengan Disney.

Bagaimanapun mengikut laporan NBC News, jurucakap Johnny telah menjelaskan bahawa semua itu adalah rekaan dan tidak benar.

“Ini hanya rekaan,” katanya ringkas kepada NBC News.

Pada Mei lalu, penerbit filem tersebut, Jerry Bruckheimer memberitahu akhbar The Times bahawa Johnny Depp tidak akan kembali ke francais itu buat masa ini.

“Bukan dalam tempoh waktu sekarang, masa depan masih lagi belum ditentukan,” katanya.

Untuk rekod, semasa perbicaraan berlangsung, ejen Depp pernah mendakwa bahawa pelakon itu telah disingkirkan daripada siri Pirates of the Caribbean akibat dakwaan keganasan rumah tangga yang dibuat oleh Heard.

Baca juga: Guan Eng’s trial: Witness agrees Zarul is someone who is willing to fabricate evidence

Baca juga: “India kalau cakap melayu ni macam mana?” Pemuda ‘struggle’ cakap melayu slang India bikin terhibur