Malaysia Dateline

Tonton video jururawat jahit pakaian keselamatan mereka sendiri titiskan air mata

Video sekumpulan jururawat menjahit pakaian mereka untuk digunakan sebagai pelindung melawan Covid-19 membuatkan banyak pihak terharu dengannya.

Kesungguhan mereka satu perkara. Namun yang terlebih besar lagi adalah kenapa mereka terpaksa berbuat demikian sedangkan tugas mereka sebenarnya adalah untuk merawat pesakit.

Menurut seorang aktivis, Ibrahim Mat Isa yang memasukkan video itu dalam facebooknya, video berdurasi 27 saat  itu kini disebarkan melalui laman-laman sosial.

“Mulanya bimbang untuk kongsikan di media sosial bila mengenangkan seorang jururawat sebelum ini diambil tindakan kerana menunjuk cara penggunaan hand sanitizer.

“Tapi.. ahh! Biar sahaja rakyat melihat betapa gigihnya jururawat di sebuah hospital kerajaan menjadi tukang jahit ketika keadaan genting seperti ini.

“Mereka tinggalkan seketika tugasan hakiki semata-mata untuk siapkan segera pakaian berupa smock, sarung kaki, tangan dan kepala yang kalis kuman untuk kegunaan semua petugas frontliners. Mungkin stock dari pembekal sudah tidak ada lagi!” tulis Ibrahim.

Bagi Ibarahim, tugas menyediakan pakaian kesalamatan ini sepatutnya menjadi tugas kerajaan bukannya jururawat sendiri.

“Mereka di barisan hadapan kesihatan ini telah berkorban sebegini rupa, kerajaan sepatutnya keluarkanlah bajet lebih ketika bala wabak ini melanda negara, hire sementara tukang jahit di luar yang kedai mereka terpaksa ditutup.

“Ini sungguh membebankan tugas petugas kesihatan yang sepatutnya lebih menumpu kepada kes pesakit.

“Walau apapun, kami rakyat tetap doakan kalian semua di KKM dan pusat perubatan swasta tabah dan selamat dalam tugasan anda semua. You are the best!” tulis Ibrahim di facebooknya.