Malaysia Dateline

Justin Bieber umum konsertnya di Malaysia bulan depan dibatalkan mahu utamakan kesihatan

Penyanyi antarabangsa Justin Bieber memaklumkan beliau terpaksa membatalkan siri jelajah dunia termasuk ke Malaysia kerana masalah wajah lumpuh yang dihadapinya masih belum pulih.

Masalah sindrom Ramsay Hunt datang semula selepas beliau beraksi di Festival Rock In Rio hujung minggu lalu walaupun sebelum ini beliau berjuang melawannya.

Penyanyi tersebut mengumumkan pembatalan ‘baki’ siri jelajah dunia, Justice World Tour di beberapa buah negara termasuk Malaysia melalui hantaran Instagram (IG), kira-kira dua jam lalu.

Justin Bieber umum konsertnya di Malaysia bulan depan dibatalkan masalah wajah lumpuh belum pulih

Menurut Justin sejak kembali menyambung konsert siri jelajah tersebut ia telah memberi kesan kepada dirinya walaupun sudah berehat buat seketika dan mendapat nasihat daripada doktor.

Malangnya, dia terpaksa membatalkan setelah mendapati keletihan mementaskan konsert mendorong dirinya memberi keutamaan kepada kesihatan.

“Sehubungan itu, saya akan berhenti daripada beraksi di konsert buat sementara waktu.

“Saya akan okay tetapi perlukan masa untuk berehat dan pulihkan kesihatan,” katanya.

Awal tahun ini, beliau melawan sindrom Ramsay Hunt yang mengakibatkan sebahagian daripada mukanya lumpuh, berikutan itu, beliau tidak dapat menghabiskan siri jelajah, Justice World Tour di utara benua Amerika.

Peminat di Malaysia sepatutnya berpeluang menyaksikan persembahan Bieber di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada bulan depan.

Siri jelajah Justice World Tour akan bersambung di Afrika Selatan, Asia Barat, Asia, Australia dan New Zealand sebelum kembali ke Eropah, antara Januari hingga Mac tahun depan.

Terdahulu, Bieber dilaporkan kembali beraksi atas pentas buat pertama kali di Festival Musim Panas di Itali selepas dua bulan berehat dan terpaksa menunda beberapa persembahan selepas menghidapi sindrom Ramsay Hunt itu.

Baca juga: Seorang ayah OKU hilang upaya cari nafkah untuk keluarga akhirnya…

Baca juga: Gegar Vaganza 9 dibarisi artis terkenal, persaingan yang ditunggu-tunggu