Seorang lelaki bergelar jutawan mengakui kehidupan sebagai orang kaya ibarat ‘indah khabar dari rupa’.
Lelaki dari New York ini, Ben Burns, 29 berkata, dia gagal mengubah dirinya dan beranggapan menjalani kehidupan seperti orang miskin adalah lebih menyeronokkan, lapor Agensi semalam.
Ben berkata, wang hanyalah ‘solekan’ sahaja bagi orang-orang kaya.
“Setiap orang yang mempunyai wang berjuta-juta tahu bahawa wang mendatangkan kegembiraan adalah konsep yang diada-adakan.
“Menjadi kaya tidak sehebat yang anda fikirkan. Saya mempunyai wang berjuta tetapi menghabiskan 99 peratus masa saya di hadapan komputer. Tekanan adalah sebahagian daripada kehidupan saya,” kata Ben.
Ben yang merupakan pelabur mata wang kripto termasuk Bitcoin, tidak begitu teruja dengan kekayaannya.
Kegembiraan sebenar buat Ben adalah apabila dia dapat minum Diet Coke, keahlian gimnasium dan mempunyai koleksi senjata api yang besar.
Baca juga: “Aku dan kakak ipar memang dingin. Sampailah satu kejadian mengubah hidup kami”