Malaysia Dateline

Kabinet bayangan BN didedahkan untuk semak imbang kabinet PH, kata Annuar

Barisan Nasional (BN) membentuk Kabinet Bayangan, pertama kali dalam sejarah Malaysia, yang diketuai ketua pembangkang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Setiausaha Agung Umno berkata Kabinet Bayangan terdiri daripada Umno, MCA, dan MIC, serta dua ahli parlimen BN mengawasi setiap kementerian.

“Jawatankuasa portfolio ini berperanan untuk memainkan peranan semak dan seimbang bagi setiap kementerian.

“Ia juga sebagai ‘pemerhati dasar’ serta menggubal dasar alternatif menyaingi dasar Pakatan Harapan,”kata Tan Sri Annuar Musa dalam kenyataan hari ini seperti dilapor Malaymail.

Ia berdasarkan senarai kebanyakan ahli parlimen pernah memegang jawatan kabinet sebelum ini.

Khairy Jamaluddin memegang portfolio menteri kewangan bayangan dengan Joseph Kurup, sementara portfolio Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna dipegang oleh Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz. Khairy juga akan mengetuai Bajet Alternatif 2019.

Nama- nama lain yang tersenarai dalam kabinet bayangan seperti:

Hal Ehwal Dalam Negeri – Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Seri Adham Baba

Pertahanan – Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Abdul Rahim Bakri

Hal Ehwal Luar Negeri – Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican

Undang-undang – Datuk Seri Azalina Othman Said dan Datuk Seri Ronald Kiandee

Hal Ehwal Ekonomi – Datuk Seri Hasan Arifin

Pembangunan Keusahawanan – Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan Datuk Ahmad Nazlan Idris

Industri Utama – Datuk Sivarrajh Chandran dan Datin Mastura Yazid

Perdagangan dan Industri Antarabangsa – Datuk Seri Ahmad Maslan dan Datuk Seri Ismail Mohd Said

Pembangunan Luar Bandar – Tan Sri Annuar Musa, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Arthur Joseph Kurup

Pendidikan – Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Idris Jusoh.

Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat – Datuk Noraini Ahmad dan Datuk Azizah Mohd Dun

Perumahan dan Kerajaan Tempatan – Tan Sri Noh Omar dan Datuk Halimah Mohamed Sadique

Belia dan Sukan – Shahar Abdullah dan Yamani Hafez Musa

Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan – Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan Datuk Jalaluddin Alias

Hal Ehwal Islam – Datuk Shabudin Yahaya

Pengangkutan – Datuk Seri Wee Ka Siong dan Datuk Salim Sharif

Komunikasi dan Multimedia – Datuk Shamsul Anuar Nasarah dan Datuk Zahidi Zainul Abidin

Pertanian dan Industri Asas Tani – Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh

Kesihatan – Datuk Abdul Latif Ahmad dan Datuk Rosol Wahid

Air, Tanah dan Sumber Asli – Datuk Seri Bung Mokhtar Radin dan Datuk Nizar Zakaria

Kerjaraya – Datuk Seri M. Saravanan dan Datuk Abdul Rahman Mohamad

Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar – Datuk Seri Ahmad Hamzah dan Datuk Hasbullah Osman

Wilayah Persekutuan – Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Datuk Rozman Isli