Kabinet bincang isu bayaran hibah TH esok

Kabinet bincang isu bayaran hibah TH esok

Kabinet akan membincangkan secara terperinci isu-isu berkaitan kedudukan kewangan Lembaga Tabung Haji (TH) dan perkara yang bersangkutan dengannya termasuk kemampuan lembaga itu membayar hibah kepada pendeposit.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata cadangan pelan penstrukturan dan pemulihan semula Tabung Haji akan dibentang dalam mesyuarat Kabinet esok, 5 April 2019.

“Lembaga Tabung Haji akan buat pengumuman dalam masa terdekat selepas jemaah menteri membuat keputusan,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.