Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Kabinet hanya untungkan Azmin dan Muhyidin, kata Tim Presiden Umno

Kabinet hanya untungkan Azmin dan Muhyidin, kata Tim Presiden Umno

Oleh MALAYSIA DATELINEMarch 14, 2020 7:00 am




Satu persatu pimpinan Umno mula meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pelantikan Kabinet yang baharu, hari ini giliran Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Utama Mohamad Hassan menyatakan perkara yang sama.

Daripada ketiadaan jawatan Timbalan Perdana Menteri sehinggalah kepada dakwaan bahawa komposisi Kabinet adalah berat sebelah.

Mohamad berkata, Umno selaku blok Ahli Parlimen yang terbesar telah diketepikan dengan cara yang sangat tidak adil yang boleh dilihat dengan pemberian portfolio kementerian yang tidak kritikal.

“Keadaan ini sama sekali tidak setimpal dengan jumlah Ahli Parlimen yang disumbangkan oleh Umno dan tahap pengalaman yang dimiliki oleh mereka,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Tambah beliau, keanggotaan Kabinet secara jelas memberikan manfaat yang sangat besar kepada blok Bersatu dan Datuk Seri Azmin Ali.

“Sekalipun ia bukanlah kepentingan paling afdal untuk Umno memegang kedudukan kerajaan dalam iklim politik semasa, adalah mustahak untuk Tan Sri Muhyiddin Yassin menyantuni saiz perwakilan parti dalam kerajaan atas dua dasar.

“Pertama, kerana ini adalah sistem Westminster. Kabinet mengamalkan Tanggungjawab Kolektif, yang hanya akan berkesan jika setiap parti diwakili dengan jumlah yang sewajarnya,” ujar beliau.

Perkara ini sangat kritikal ini kerana katanya, hanya dengan mempunyai Kabinet yang bersatu hati, kerajaan boleh bergerak secara bersama dengan para pendukungnya.

“Hanya dengan yang demikian, Kerajaan boleh memfokuskan kepada urusan tadbir urus dan pemerintahan.

“Kedua, selama ini kita sememangnya mengamalkan perwakilan yang setara dengan saiz yang diwakili dan ia merupakan sistem yang berjaya. Malah, Pakatan Harapan sendiri mengamalkan pendekatan yang sama semasa menjadi Kerajaan,” tegasnya.

Justeru katanya, adalah lebih penting dalam keadaan semasa yang menyaksikan rakyat sedang berhadapan dengan pelbagai cabaran yang sukar antaranya Pandemik Covid-19 dan kejatuhan pasaran saham serta ketidaktentuan ekonomi.

“Kita tidak mempunyai ruang dan masa untuk berlengah dan melakukan kesilapan. Kabinet adalah institusi yang memandu dan mengukuhkan bangsa, saat ia berhadapan dengan waktu yang sukar.

“Sebuah kabinet yang kuat, terbukti dan inklusif adalah kritikal bagi memastikan kejayaan PN. Sekiranya pengalaman politik ini diketepikan, ia akan memberi kerapuhan yang boleh membawa kepada kegagalan,” katanya.

Beliau turut mengingatkan tanpa sebuah Kabinet yang kuat, Malaysia akan terus menerus menyaksikan polemik politik yang tidak berkesudahan sekali gus tidak memungkinkan boleh memberi perhatian kepada pembangunan dan daya saing bangsa.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 






widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Muhyiddin digesa sahkan kesahihan surat projek bina dewan RM35 juta

Polis tidak kompromi, penganjur edar ayam beku didenda

Darurat: Penting untuk pembangkang sertai JK Khas sebagai semak dan imbang

Golongan muda bakal hilang kerja, rasional darurat Muhyiddin perlu ditolak

Tun Salleh Abas meninggal dunia

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production