Kabinet kitar semula tidak mampu yakinkan pelabur, kata Anwar

Oleh NASUHA RAHMAN

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kebinet baru yang dibentuk ini tidak mampu untuk menyuntik semangat baru bagi menyakinkan pelabur dalam atau luar negara.

Menurut Anwar, menteri yang ada sekarang merupakan mereka yang berada dalam kabinet sebelum ini yang mana lebih satu setengah tahun tidak ada kemajuan yang membanggakan.

Bagaimanapun Anwar yang berharap saotu perubahan yang berlaku dalam pembentukan kabinet baru ini tetapi ia tidak berlaku.

“Reaksi spontan rakyat menghampakan kerana ia adalah kitaran semula seperti yang diwar-warkan, kabinet baru kabinet lama yang tidak berubah,” kata beliau.

Anwar kecewa di dalam keadaan negara sedang hadapi krisis pendemik Covid-19 yang lebih meruncing ditambah pula ekonomi rakyat terutama golongan bawahan semakin tertekan tetapi langkah Ismail hanya kitar semula menteri-menteri.

“Menteri-menteri yang tidak menunjukkan keupayaan tangani masalah rakyat secara berkesan.

“Oleh demikian sambutan ia sangat menghampakan,” katanya lagi.