Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Kabinet Muhyiddin, Kabinet Habuan

Kabinet Muhyiddin, Kabinet Habuan

Oleh SITI NUR ZAWANI MISCONMarch 11, 2020 12:41 pm




Senarai Kabinet Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyaksikan 70 jemaah menteri di dalam Perikatan Nasional (PN), disifatkan sebagai lantikan demi membalas budi.

Pengarah Komunikasi AMANAH Nasional, Khalid Abd Samad, berkata, dengan saiz Kabinet yang agak besar, jelas melihatkan jawatan diberikan sebagai habuan kepada ahli-ahli politik yang sanggup meninggalkan parti mereka.

Khalid turut memetik ucaptama Muhyiddin ketika mengumumkan pelantikan jemaah menterinya dengan merujuk surah al-Qasas, yang bermaksud sesungguhnya sebaik-baik orang yang engkau ambil bekerja itu ialah yang kuat (berkemampuan) dan amanah.

“Tapi apa yang kita lihat bahawa pelantikan itu bukan atas dasar Al Qawiyyul Amin (Kuat dan Amanah), tapi atas dasar Al Ghanimah, habuan.

“Kamu tolong aku, kamu bersama dengan aku, maka yang lompat itu semua jadi menteri. Yang banyak membantu, dilantik timbalan menteri. Parti yang bersama untuk nak cukupkan kerusi pun semua dapat jadi menteri, dan timbalan.

“Lalu akhirnya, kita nampak kabinet pintu belakang ini besar kerana ramai yang ahlinya yang perlu diberikan habuan,” katanya dalam program Bicara Yb Khalid Samad yang membincangkan mengenai Kabinet Pintu Belakang, semalam.

Untuk rekod, Kabinet Perikatan Nasional (PN) mempunyai kesuluruhan 70 jemaah menteri dengan seramai 32 orang Menteri dan 38 orang Timbalan Menteri.

Berbanding sewaktu pemerintahan Pakatan Harapan (PH), Kabinet Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai 26 orang Menteri dan 28 orang Timbalan Menteri dengan keseluruhan 54 orang tidak termasuk Dr Mahathir.

“Zaman PH, kita hanya ada keseluruhan 54 Menteri dan Timbalan Menteri. Di bawah PN pula dia ada 70 orang daripada 54 orang.

“Dalam 70 tu, dia tubuh pula kementerian yang baru. Maknanya mereka kena ada pejabat kementerian. Mereka perlu ada timbalan menteri, kena lantik Ketua Setiausaha dan timbalannya serta kakitangan dia. Maka apa yang akan berlaku, jabatan-jabatan kerajaan akan mula dipecahkan.

“Lalu ini semua untuk apa? Habuan. Kerana nak bagi jawatan pada orang yang lompat dan khianat bersama dengan mereka,” katanya.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Negara lain juga darurat, tapi tak gantung fungsi Parlimen

Tidak perlu tunggu darurat berakhir, Anwar tiada halangan menghadap Agong

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Terkini

Agong dicadang arah Parlimen buat sidang khas lawan Covid-19

Ordinan Darurat 2021: OMG. Mengerikan!

Muhyiddin perlu guna dana awam ikut keutamaan

Rogol kanak-kanak dalam lokap: Audit segera CCTV balai polis

Baik buruk melengkung gred dalam peperiksaan

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production