Malaysia Dateline

Kabinet PRU 15: Antara kecerdasan politik dan idealisme perjuangan

PM 10 telah umumkan senarai kabinet beliau pada malam ini. Pastinya ramai yang akan bercakap tentang hal ini. Bagi saya ianya adalah satu kabinet yang mempunyai kecerdasan politik (political wisdom) dan bukannya kabinet ideal yang dikehendaki oleh rakyat.

Ramai juga yang akan troll atau menyindir PM 10 kerana melantik kluster Mahkamah dalam kabinetnya. Bukan setakat dilantik menjadi Menteri bahkan dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah sedangkan semasa kempen PRU 15, lagu nyanyian Altimet ‘hoi hoi ya hoi’ sering mengiringi kempen jelajah mega PM 10.

Tidak kurang juga ada yang akan menyindir apabila orang yang kalah PRU 15 dilantik menjadi Menteri tetapi yang kalah tidak diberikan jawatan Menteri.

Pertamanya, perlantikan ini dibuat secara sah mengikut peruntukan Perlembagaan.

Per 43(1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik suatu Jemaah Menteri untuk menasihatinya dalam penjalanan fungsinya.

Per 43(2)(b) pula menyatakan ‘atas nasihat Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik Menteri-Menteri lain daripada kalangan ahli mana-mana satu Majlis Parlimen.’

Situasi politik selepas PRU 14 berada dalam keadaan tidak stabil.

Dalam tempoh 5 tahun 3 orang Perdana Menteri telah dilantik dan kita semua tidak mahu keadaan yang sama berlaku selepas PRU 15.

Sebelum PRU 15, semua parti sama ada PH, BN atau PN masing-masing berharap supaya mereka dapat memerintah bersendirian dan dapat menguasai sekurang-kurangnya 112 majoriti ahli Dewan Rakyat.

Namun, qada’ dan qadar Allah SWT mengatasi perancangan manusia dan perancangan Allah itu yang terbaik. PH hanya mendapat 82 kerusi, BN mendapat 30 kerusi dan PN mendapat 73 kerusi.

Mahu tidak mahu, BN adalah king maker dan mana-mana pihak yang ingin membentuk kerajaan perlu mendapat sokongan BN.

Kewujudan undang-undang anti lompat parti menyukarkan mana-mana pihak untuk membeli sokongan mana-mana ahli Dewan Rakyat secara individu.

Justeru, PM 10 pastinya menerima takdir Allah ini dan ditakdirkan PH + BN = 112 kerusi majoriti. Maka PM 10 bertindak pantas untuk menghulurkan salam perdamaian dengan BN untuk membentuk kerajaan.

Inilah yang menjengkelkan pemimpin PN kerana mereka gagal menjadi kerajaan walaupun dijaja kononnya PN sudah mendapat sokongan 115 ahli Dewan Rakyat.

Malah, pada malam pengumuman keputusan PRU 15 pun Presiden Pas membuat sidang media menyatakan PN sudah boleh membentuk kerajaan.

Perkara yang paling penting selepas PRU 15 ini adalah kestabilan politik. Perlantikan Menteri Kabinet ini adalah refleksi kepada kestabilan politik.

Kegagalan memahami dinamika politik akan menyebabkan kerajaan perpaduan ini tumbang kerana penebuk-penebuk atap pastinya akan berusaha sedaya upaya untuk menebuk atap kali kedua.

Mungkin sebab itulah PM 10 telah mengatur jemaah menterinya seumpamanya ini.

Perlantikan Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri akan memastikan bahawa kerajaan ini stabil. Kedudukan Zahid Hamidi sebagai Presiden Umno dan Pengerusi BN memastikan 29 orang MP BN yang lain akan sentiasa mengikut disiplin parti.

Timbalan Presiden Umno, Mohamad Haji Hasan juga dilantik menjadi Menteri Pertahanan. Tambahan lagi, perlantikan Zambry Abd Kadir yang juga Setiausaha BN sebagai Menteri Luar Negeri juga dilihat sebagai usaha untuk mengukuhkan kestabilan politik ini.

Ketiga-tiga mereka ini adalah kunci kepada kestabilan kerajaan PM 10. Dengan perlantikan 6 Menteri daripada BN ini hampir pasti bahawa PM 10 akan menjamin undi percaya kepadanya pada 19 Disember 2022 akan memihak kepadanya.

Oleh itu, sebenarnya PM 10 masih mengekalkan kehendak rakyat untuk tidak melihat kluster Mahkamah dalam kabinet kerana Lim Guan Eng dan Syed Sadiq. Saya ingin menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim di atas pelantikan saya sebagai Menteri Kementerian Kerja Raya Malaysia di dalam barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan.

Tidak dilupakan, terima kasih juga kepada Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg, yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) kerana masih memberi kepercayaan kepada saya untuk mewakili parti dan negeri berkhidmat di peringkat Persekutuan sekali lagi.

Sesungguhnya pelantikan ini adalah amanah dan tanggungjawab yang amat penting dalam membantu usaha Kerajaan Perpaduan meneruskan usaha pemulihan ekonomi negara, lebih-lebih lagi menjelang tahun 2023 yang dijangka amat mencabar.

Saya juga menyedari, tanggungjawab ini datang dengan cabaran yang besar.

Namun saya akan memberikan sepenuh komitmen dan usaha dalam memastikan kelancaran perancangan pentadbiran negara atas kapasiti saya di Kementerian ini.

Saya juga memberi jaminan akan meneruskan polisi-polisi Kementerian terdahulu yang terbukti berkesan di samping menambah baik dasar-dasar Kementerian yang boleh membawa manfaat kepada rakyat dan negara.

Saya juga akan terus menghormati peranan penjawat awam dari semua lapisan Kementerian yang telah banyak menyumbang idea dan tenaga kepada Kementerian ini. Kita akan terus bekerja bersama sebagai satu pasukan demi negara tercinta.

Saya juga ingin menegaskan saya adalah ‘minister for all, not just for Sarawakians’. Maka dengan itu, saya akan memastikan setiap usaha dan inisiatif yang diambil di bawah Kementerian ini akan membawa kebaikan kepada seluruh rakyat Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak.

Dengan pengumuman pembentukan Kabinet baharu di bawah Kerajaan Perpaduan ini juga, saya berharap setiap daripada kita dapat terus bergerak ke hadapan dan memberikan fokus dalam usaha memulihkan negara, terutamanya dari sudut ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Marilah kita mengenepikan segala perbezaan dan bersama-sama memberi tumpuan kepada usaha untuk membangunkan semula negara agar ia kembali ke landasan yang tepat dalam untuk kembali disegani di mata dunia.

Baca juga: Jalinan prinsip dan manifesto cerminan budaya politik sihat

Baca juga: Gadis ini akui bahagia makan makanan daripada dapur kayu, tak kisah redah belukar