Kabinet setuju gantung Akta Hasutan, kata Gobind

Kabinet bersetuju menggantung pelaksanaan Akta Hasutan sementara menunggu proses pemansuhannya.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata semua anggota kabinet menyokong sewaktu cadangan itu dibentang semalam.

Peguam negara ada hak prerogatif untuk menentukan pendakwaan berdasarkan kuasa yang diperuntuk dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Oleh kerana kita akan memansuhkan Akta Hasutan, tindakan menggunakan akta itu harus digantung sementara,” katanya kepada pemberita  hari ini lapor Malaymail.

Gobind, juga seorang peguam, berkata keputusan kerajaan akan dimaklumkan kepada peguam negara untuk tindakan seterusnya.

CATEGORIES
TAGS