Malaysia Dateline

‘Kaburlah’: Orang ramai sindir Azmin

Pengumuman Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkenaan Inisiatif [email protected] dilihat disambut dengan nada sindiran.

Rata-rata warga maya meninggalkan komentar bertemakan “kabur” dan “Sandakan” pada hantaran berkaitan inisiatif yang akan membolehkan pekerja-pekerja kontak rapat untuk terus bekerja dalam situasi protokol baharu yang dinamakan Safe Work Bubble itu.

Netizen juga dilihat buat-buat tidak mengenali Ahli Parlimen Gombak yang juga Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) itu.

“Siapa ni? Saya tak camlah,” komen Affendi Mohd Salleh.

Pengguna Facebook, Alen Kean Rc juga menulis, “Video jelas jugakah? Tanya saja” manakala Yna Suhairol pula menyoal, “Tak berapa jelas nak lihat dan dengar. Siapa dia ni?”

Pada 12 Jun 2019, bekas Ketua Pemuda PKR Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz menggemparkan negara apabila mengaku sebagai pelaku dalam video tular seks sejenis bersama seorang lagi lelaki mirip Azmin.

Bagaimanapun, Azmin menafikan dirinya terbabit dengan video lucah itu sebaliknya mendakwa tuduhan tersebut bertujuan mematikan kerjaya politiknya.

Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Seri Abdul Hamid Bador kemudiannya mengesahkan video seks itu adalah tulen tetapi CyberSecurity, katanya, tidak dapat memastikan 100 peratus pelaku dalam video berkenaan.