Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Kada bakal perkenal kaedah drip basah sawah padi, kata Husam
Datuk Huaam Musa -Foto FB HM

Kada bakal perkenal kaedah drip basah sawah padi, kata Husam

BernamaFebruary 3, 2020 11:19 am




Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) akan memperkenalkan kaedah baru menggunakan Micro Drips Padi Irrigation bagi menjaga kelembapan tanah sawah dalam seliaannya tidak lama lagi.

Pengerusi Kada Datuk Husam Musa berkata melalui kaedah baru itu padi tidak memerlukan air yang banyak sehingga membanjiri petak sawah dan kaedah itu sama seperti yang diamalkan dalam tanaman hidroponik.

“Menurut Universiti Pertanian Hydrabad, India penjimatan air berlaku sebanyak 50 peratus, pengurangan belanja baja dan racun berkurangan dan hasil meningkat 100 peratus.

“Jadi kita mungkin akan membuat percubaan di mana-mana sawah untuk kegunaan pada masa akan datang bagi menghadapi fenomena global warming yang semakin terasa,” katanya.

Sehubungan itu, Husam berkata, untuk sekarang pihaknya sudah menghantar surat kepada sebuah universiti di India yang sebelum ini pernah membuat kajian Micro Drips Padi Irrigation iaitu menggunakan saluran paip secara drip untuk penanaman padi.

Mengenai kemarau, Husam berkata masa kritikal dijangkakan antara Mac hingga April iaitu semasa padi matang kerana mengikut ramalan cuaca hujan tidak akan turun sehingga akhir bulan Mei yang turut dikaitkan dengan pemanasan global.

Pada tahun 2018, seramai 2,999 pesawah yang rugi disebabkan kawasan sawah kering kontang akibat kemarau.

Bagaimanapun, Kada menjangkakan kerosakan tanaman akibat kemarau tahun ini lebih ringan berikutan petani sudah mula mengikuti nasihat pegawai pertanian untuk mengawalkan jadual tanaman.

“KADA mengenalpasti antara faktor yang menyumbang kepada padi rosak ialah petani menanam tidak mengikut jadual ditetapkan seperti berlaku kelewatan pada masa hujan dah hampir habis, padi baru disemai.

“Jadi sekarang kita awalkan dan insyaAllah dalam tempoh empat musim akan datang kita akan cuba mengikuti jadual alam semula jadi iaitu pada musim air banyak, padi telahpun disemai.

“Sebenarnya padi ini bukanlah tanaman yang memerlukan limpahan air. Padi sebenarnya adalah tanaman boleh tahan, boleh hidup tanpa air dan boleh hidup di dalam air. Jadi air yang yang diperlukan tidaklah sebanyak air macam berlaku sekarang,” katanya.

— BERNAMA

 

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Bukan setakat 2 kolam, 100 kolam pun Pas sanggup masuk

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

PKP: Kasihan rakyat Kelantan sebab Exco ‘cerdik sangat’

“IKEA, kedai emas dibenar operasi peniaga kecil disuruh duduk rumah”

Pesakit COVID-19 di ICU semakin bertambah, 8 lagi maut

Kelantan dikenakan PKP mulai 16 hingga 26 Januari

‘Semoga ada lagi yang akan tarik sokongan daripada Muhyiddin’

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production