Malaysia Dateline

Kadar jangka pendek kekal kukuh susulan operasi BNM

Kadar jangka pendek dijangka kekal kukuh hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai hari ini dijangka sebanyak RM18.96 bilion dalam sistem konvensional dan RM15.99 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat itu akan mengeluarkan satu tender pasaran wang konvensional bernilai RM1 bilion untuk tujuh hari dan tiga tender Qard bernilai RM1.5 bilion untuk tujuh hari, RM1.2 bilion untuk 14 hari dan RM1.3 bilion untuk 28 hari.

Bank itu akan turut menjalankan satu tender repo berbalik bernilai RM645 juta untuk 90 hari, satu Bil Antara Bank Bank Negara (BNIB) bernilai RM500 juta untuk 182 hari dan satu Bil Antara Bank Bank Negara – Islam (BNIBI) bernilai RM1 bilion untuk 91 hari.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM18.6 bilion dan tender semalaman Murabahah RM12.0 bilion.

— BERNAMA