Malaysia Dateline

Kadar kebolehjangkitan Covid-19 tertinggi di Terengganu

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kadar kebolehjangkitan Covid-19 (Rt) mengikut kes seharian di seluruh negara adalah 1.04 setakat semalam.

Berdasarkan pecahan mengikut negeri yang turut dilampirkan di Twitter beliau, Terengganu mencatatkan Rt harian tertinggi di negara ini iaitu pada 1.36.

Ia disusuli dengan Melaka yang merekodkan Rt kedua tertinggi pada kadar 1.28.

Infografik yang disertakan juga menyenaraikan Sarawak dengan Rt ketiga tertinggi pada 1.25, diikuti Putrajaya (1.19), Perak (1.17), Kedah (1.15), Perlis (1.15), Kuala Lumpur (1.12), Labuan (1.11) Pahang (1.1), Selangor (1.1) dan Kelantan (1.09) .

Johor, Sabah, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang pula merekodkan Rt paling rendah, masing-masing pada 1.04, 1.03, 1.01 dan 1.0.