Malaysia Dateline

Kadar zakat fitrah bagi negeri Terengganu 2017 pada kadar minimum RM7.

Kadar zakat di Sarawak RM7 tahun ini boleh bayar atas talian

Kadar zakat fitrah di negeri Sarawak ditetapkan pada kadar RM7 tahun ini dan boleh dibayar melalui atas talian.

Pejabat Mufti Sarawak dalam satu kenyataan di Kuching hari ini berkata, Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) akan menyediakan pembayaran zakat fitrah secara dalam talian melalui Portal Pelanggan TBS (Baitulmal Kamek), MyEG, MaybankU2 dan Snap N Pay.

Kata kenyataan itu, bagi kaunter pembayaran zakat di pusat-pusat membeli belah, agensi atau pembukaan kaunter di tempat kunjungan awam adalah tertakluk kepada permohonan daripada pihak berkenaan.

“Sekiranya masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih dikuatkuasakan selepas 28 April ini, kemungkinan tidak ada perkhidmatan ini,” jelas kenyataan itu.

Ujar kenyataan itu lagi, seramai 779 amil zakat fitrah seluruh negeri masih sah tempoh perkhidmatan mereka tahun ini dan akan disesuaikan mengikut keadaan semasa.

“Justeru, kesemua amil bakal dibekalkan kit zakat fitrah, penutup hidung dan mulut, pembersih tangan dan sebagainya jika masih dalam tempoh PKP dan selepasnya.

“Semua amil zakat fitrah buat masa ini akan melaksanakan tugas mereka di rumah dan mungkin akan disesuaikan ke lokasi masjid atau surau.

“Tetapi, ia adalah tertakluk kepada perkembangan PKP selepas ini,” tegas kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, TBS telah mencetak kupon zakat fitrah pada tahun ini dan keutamaan agihan kupon adalah kawasan yang diketegorikan zon hijau dari wabak Covid-19.

“Sebarang pertanyaan atau pencerahan mengenai perlaksanaan zakat fitrah ini, boleh mengemukakan soalan di email, [email protected] atau Facebook (FB) Tabung Baitulmal Sarawak,” kata kenyataan itu.

Sehubungan itu, masyarakat juga boleh berhubung dengan pegawai terdiri daripada Ahmad Termizi Saini di Ibu Pejabat TBS di talian 013-8135152, Norzahan Bahani, Pejabat Cawangan TBS Samarahan (011-26192144)), Shamsul Bahri Manap, Pejabat Cawangan TBS Sri Aman (013-8195317), Ali Mat, Pejabat Cawangan TBS Sarikei/Sibu (016-8985223), Osman Immun, Pejabat Cawangan TBS Mukah (010-7806422), Zaini Ramli, Pejabat Cawangan TBS Bintulu (011-16065386), Marini Juraibi, Pejabat Cawangan TBS Miri (019-4842133) dan Junidi Lamat di Pejabat Cawangan TBS Limbang (014-2731474).